RANAI memperkenalkan 2 jenis racun anai-anai secara semburan sendiri kepada pengguna. Penggunaan berskala kecil sesuai untuk membasmi anai-anai yang baru mula menyerang kawasan kediaman rumah atau pokok tumbuh-tumbuhan. Ranai Indoor merupakan jenis paling popular di kalangan pengguna.
Ranai Indoor/Odourless
Racun anai-anai jenis ini sesuai untuk semburan di dalam rumah. Ranai Indoor tidak mempunyai bau semasa semburan. Menggunakan botol HDPE yang tebal serta mudah di pegang.Muncung semburan ‘nozel’ mempunyai 3 mode iaitu spray, stream dan off. Cara menggunakan Ranai Indoor sangat mudah iaitu hanya goncang botol dan sembur.
Anai-anai yang terkena semburan ranai secara langsung akan mati selepas 1 jam. Anai-anai yang terkena semburan juga mampu menjangkiti anai-anai lain yang bertemu dengannya.
Ranai adalah racun serangga. Walau bagaimanapun jika terkena pada kulit contohnya tangan, pengguna hanya perlu basuh dengan sabun kemudian bilas dengan air bersih. Elakkan daripada terkena pada mata atau termasuk dalam mulut semasa semburan.
Terdapat juga Ranai Outdoor yang sesuai untuk semburan di luar rumah serta pokok tumbuh-tumbuhan. Ranai memperkenalkan saiz botol 500ml, 750ml serta botol isian semula 1000ml.