Mental Design Programme [MDP] adalah satu teknik atau pendekatan yang boleh digunakan oleh seseorang individu bagi merancang sesuatu tindakan sebelum melaksanakannya. Perancangan ini berkait rapat dengan matlamat sesuatu tindakan.
Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai cita-cita memulakan sebuah perniagaan selain daripada membuat dokumen rancangan perniagaan, individu tersebut perlu juga membuat perancangan mental “mental design” sebelum memulakannya.
Contoh lain, jika seorang guru membuat buku rancangan mengajar, guru juga perlu membuat perancangan mental sebelum mula mengajar.
Kami dapati teknik “mental design’ ini mampu mengawal tekanan atau stress ke atas individu semasa melaksanakan tugasan harian berbanding yang menggunakan “mental default”. Erti kata lain tidak menggunakan “mental design”.
MDP boleh diaplikasi dalam kehidupan harian bagi menangani permasalahan dalam konteks berkaitan pekerjaan , kewangan, kesihatan dan juga perhubungan.
Antara kesan positif Mental Design Programme [MDP] adalah:
Lebih berkeyakinan pada diri.
Meningkat produktiviti dalam pekerjaan.
Berfikiran positif.
Rasional dalam membuat keputusan.
Membentuk individu yang bermatlamat dan berhalatuju.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai program kami yang terdekat. “Mental by Design NOT by Default” pada 19 April 2025 (sabtu) anjuran Briged Bakti Malaysia Perlis dengan kerjasama LPPKN Negeri Perlis bertempat di Bilik Seminar 1 Kompleks Belia dan Sukan Kangar, Perlis. Yuran penyertaan RM30.00 sahaja. Hubungi (call @ whatapps) 011 1642 7266 untuk maklumat lanjut atau boleh terus mengisi borang penyertaan di bawah. Daftar segera kerana pendaftaran TERHAD!
Terima kasih kepada yang telah menjayakan program 19 April 2025.